12/22/2009

Cupcake ulangtahun perkahwinan



Ini tempahan dari Zura dari Fitri ,Geliga Kemaman.tempahan ini hari jumaat minggu lepas.zura nak awal sebab katanya nak ke KL.sempena hari ulangtahun perkahwinannya yang ke-1...dan nombor 19 tu....kenapa ada 3 ya.....nak tahu....tarikh lahir zura,tarikh lahir suaminya,dan tarikh perkahwinannya sama tarikh iaitu 19....cuma bulan dan tahun aje lain...tak gitu zua....SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-1.SEMOGA BAHAGIA...DAN CEPAT2 DAPAT CAHAYA MATA....AMINNNN.

12/10/2009

cc padang bola dan ben10

Tempahan cc ni dari Rasidah yang bekerja di kuala terengganu.cc ni utk kejutan anak saudaranya yg berada di Gong Limau kemaman.peramah orgnya.na hantar email gambar cc dan nak tahu apa kata Rasidah...."i like it".terima kasih rasidah ...nanti orderlah lg ya...

tempahan liza kek dan muffin


Ini tempahan dari liza dari Gong Pauh.tempahan ini pada5hb dis .2009 baru2 ni.kek ni utk sepupunya.dan muffin sebyk 50pcs.terima kasih ya liza.

11/28/2009

cupcake hantaran pertunangan


Tempahan ini jugak dari Aiza.untuk hantaran pertunangan pada hari ini.Aiza bertunangan dengan org Pekan.Namanya lupa lak nak tanya.apa2 pun Aiza selamat bertunang .nanti nak langsung perkahwinan tu jangan lupa lak kak na ya......hehehe..semoga berpuas hati....

Cookies butterflies




Ini tempahan dari Aiza dari Bukit Mentok, kemaman.fancy cookies butterflies sbyk 100 pcs.Na buat 4 patten corak butterflies .saiz butterflies 3 inci.harap Aiza berpuas hati.cookies ni utk tetamu yang datang ke majlis pertunangannya pada 28hb.nov.2009.hari ni.

11/19/2009

Cookies

Atas permintaan anak na meminta na buatkan dia cookies utk nya.untk di bawa ke sekolah tadika nurani .bukannya byk sangat...sebyk 20 pcs aje...

11/10/2009

Muffin choc chip


Ini jgk tempahan dari cikgu sek keb. binjai.sebanyak 100 pcs.

Marble Choc. Chessecake.

Kek ini di order dari cikgu dari sek.keb.Binjai.Guru kelas anak sulung na. ni buat makan cikgu2 aje.x nak krim cuma nak tulis sikit kat atas kek ni...senang keje ...na guna sugarpaste aje...harap cikgu puas hati..

Kek Marble

Ini kek bukannya tempahan dari sesiapa pun....hari ni rajin sikit...na nak bawak balik kat rmh mak na kat ktn.na buat pada hari jumaat minggu lepas...lame na x balik sana..x lame mane pun ...baru beberapa minggu....CANTEKKAN...SODAP...

10/20/2009

Kek perkahwinan 2 tier

Tempahan dari eina jugak khas di hari bahagianya.bertemakan hijau putih....dan diselitkan sedikit warna merah sedikit atas permintaan mak saudara eina .harap eina berpuas hati .SELAMAT PENGANTIN BARU...

Muffin choc. chip dan muffin pandan

Muffin choc.chip sebanyak 450 pcs dan muffin pandan sebanyak 150 pcs...di tempah oleh iena di kampung besut di chukai kemaman.sempena hari perkahwinannya pada hari sabtu 17hb.10.2009.terima kasih iena...

Tempahan kek lapis raya


Ini pula kek lapis pelangi stawberry pandan dan kek lapis koko badam yang di tempah oleh En.Azman.

Tempahan kek lapis raya

Di atas ini kek lapis masam manis dan kek lapis strawberry yang di tempah oleh En.zainal.

7/30/2009

KEMBALI BERSUA

salam kembali...mungkin ramai tertanya2 apa dah jadi dgn blog na ni ya....
lama tak up-date blog.Sebenarnya selama ni na berbadan dua...mengandung...berbagai alahan ....termasuklah nak membuat kek pun rasa loya....baru nak adun mentega dgn telur....rasa nak muntah....
Kepada yang na menolak tempahan nya na minta maaf byk2..dan kini insyaallah na akan berbaking balik.KENAPA...sekarang ni na dalam pantang...dah selamat melahirkan baby girl...
pada 1hb julai 2009.pada pukul 10.23 pg.di pusat rawatan keluarga al -farabi di Kuantan .berat baby 2.91kg.alhamdullilah....semuanya selamat...walaupun ni yang paling "seksa"....
Baby girl na beri nama SITI NUR AQILAH.
sebarang pertanyaan dan tempahan boleh lah hubungi na ya...